Impian Roy Kim


BUAT pengikut setia perkembangan industri hiburan Korea Selatan pasti mengenali penyanyi berusia 23 tahun, Roy Kim atau nama sebenarnya, Kim Sang-woo.

Menaruh impian mencipta nama sebagai penyanyi popular, Roy Kim lebih cenderung memilih untuk menghasilkan karyanya sendiri tanpa mengharapkan bantuan komposer lain.

Pada pemahaman lelaki itu, cara begitu lebih mudah buat peminat mengenali identiti serta corak muzik yang dibawakan agar tidak terkeliru dengan penyanyi lain.

“Saya selesa menghasilkannya lagu dengan hasil usaha sendiri kerana ia lebih dekat dengan jiwa selain menggambarkan personaliti sebenar.

“Selain itu, tidak pernah terlintas untuk mencuba atau eksperimentasi agar lagu yang dihasilkan kelihatan sama dengan runut bunyi drama,” kata Roy Kim sewaktu hadir pada majlis bertemu peminat di Hotel Pullman, Kuala Lumpur sempena Roy Kim Malaysia Showcase 2016, baru-baru ini.

Meskipun baru tiga tahun bergelar penyanyi, dia menanam impian agar berpeluang menjelajah ke seluruh Asia untuk mempromosikan lagu daripada album ketiganya berjudul The Great Dipper.

Post a Comment

Previous Post Next Post