Nadya Syahira Enggan Dipandang Serong Kongsi Foto Kekasih


Nadia dikenali dengan drama Dia Semanis Honey.

Pelakon Nadya Syahera yang mula dikenali dalam drama Dia Semanis Honey memberitahu kurang memuat naik gambar mesranya bersama kekasih di laman Instagram.

Nadya, 22, berkata, perkara itu disebabkan dia tidak mahu kemesraan yang ditonjolkan di laman sosial itu dipandang serong pengikutnya.

"Dulu masa belum jadi artis memang orang tidak kisah kita muat naik gambar apa-apa pun.


Nadya belum rancang untuk berkahwin.

"Namun, bila orang dah mula kenal saya lebih berhati-hati terutamanya berkongsi gambar di laman sosial.

"Gambar mesra bersama kekasih memang saya kurangkan jika ada pun secara beramai-ramai," ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon yang dikenali dengan watak Bella dalam drama berkenaan berkata, dia juga tidak mahu lelaki yang sedang dikenali menerima tempias populariti dunia hiburan.

Sementara itu, ditanya tentang kekasih, Nadia berkata, dia mengakui berkawan rapat dengan seorang lelaki, namun masih belum bersedia untuk berkahwin.

"Saya berkawan sahaja belum lagi ada perancangan untuk berkahwin pun.

"Usia muda lagi dan kalau boleh ingin fokus dalam kerjaya terlebih dahulu," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang sambutan Hari Raya, Nadia berkata dia beraya di kampung halamannya di Kedah.

Dia juga merancang untuk mengadakan rumah terbuka kepada sanak saudara dan rakan-rakan terdekat di kediamannya di negeri itu nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post