Zayn Malik mohon maaf kepada peminat


BEKAS ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik memohon maaf secara terbuka kepada peminatnya selepas membatalkan persembahan pada saat-saat akhir di United Kingdom baru-baru ini.

Zayn, 23, sepatutnya membuat persembahan bersama Ariana Grande, Nick Jonas dan Lukas Graham di Festival Muzik Capital Summertime Ball.

“Saya memohon maaf kepada mereka yang menanti kehadiran saya di sana. Sejujurnya, saya masih dihantui perasaan bimbang untuk mengadakan persembahan di tempat terbuka.

“Saya sedar permohonan maaf saya tidak mencukupi, jadi saya berjanji akan menebus semula kesalahan ini suatu hari nanti.

“Saya tidak memohon simpati sesiapa, cuma percaya kalian semua memahami masalah yang dihadapi,” katanya yang dipetik menerusi laporan Hollywood Gossip.

Difahamkan, penyanyi itu mengalami tekanan perasaan yang teruk selepas putus cinta bersama bekas kekasihnya, Gigi Hadid pada awal bulan ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post