PELAKON Tengku Dewi Putri mengakui pernah mengalami trauma berlakon angkara pernah diintip ketika berada di set penggambaran sebuah drama.
Menurut Dewi, kejadian itu berlaku ketika dia ingin menukar pakaian di bilik mandi.
“Saya ketika itu memegang watak duyung, jadi sebelum pulang ke rumah, mahu bersihkan badan terlebih dulu.
“Tiba-tiba saya terlihat kelibat orang merakam diri saya menggunakan telefon bimbit membuatkan saya menjerit,” katanya kepada portal Kapanlagi.com.
Ekoran insiden itu aktres berusia 28 tahun itu enggan meneruskan penggambaran menyebabkan pihak produksi mencari dalang kepada perbuatan terkutuk itu.
“Lima hari saya mogok tidak mahu berlakon. Pihak produksi cuba mencari siapa individu tersebut, sayangnya, mereka tidak dapat menemuinya,” katanya.