Karisma Kapoor temui pengganti


SELEPAS disahkan bercerai pada Isnin lalu, aktres Karisma Kapoor kini memulakan hidup baharu sebagai seorang janda selepas 13 tahun hidup bersama bekas suaminya, Sunjay Kapur.

Bagaimanapun, bintang berusia 42 tahun itu dikatakan sedang mengenali hati budi seorang ahli perniagaan sebuah syarikat farmaseutikal di Mumbai, India.

Menurut laporan portal hiburan Masala.com, lelaki berkenaan, Sandeep Toshniwal menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Sungguhpun begitu, hubungan mereka dikatakan terjalin secara rahsia. Bahkan, pasangan itu pernah dilihat bersama-sama dalam satu acara di Thailand baru-baru ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post