Iggy Azalea & Nick putus


IGGY mendedahkan bahawa dirinya kini telah berpisah dengan Nick.

Pasangan Iggy Azalea dan Nick Young memutuskan untuk membawa haluan masing-masing biarpun sudah bertunang setahun yang lalu.

Iggy mendedahkan berita perpisahan itu melalui akaun Instagram.

“Walaupun saya mencintai Nick dan sudah mencuba untuk memberi sepenuh kepercayaan kepadanya, namun sejak kebelakangan ini semakin jelas yang saya tidak mampu untuk bersamanya lagi. Saya harap dia mendapat pasangan yang terbaik. Bukan mudah untuk berpisah dengan pasangan yang sudah merancang masa depan bersama,” tulis Iggy.

Sementara itu, Nick pula hanya menulis satu perkataan ringkas di akaun Twitternya.

“Single,” tulis pemain bola keranjang pasukan Lakers itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post