Demi Lovato tutup Twitter, Instagram


Demi Lovato

Selepas episod putus cinta dengan Wilmer Valderrama baru-baru ini, Demi Lovato sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila mengambil keputusan untuk menutup akaun Twitter dan Instagramnya.

“Saya harus berhenti mengatakan benda yang mengarut. Selamat tinggal Twitter dan Instagram,” tulis Lovato menerusi akaun Twitternya.

Tiada yang tahu mengenai tindakan Lovato itu, cuma ada yang beranggapan penyanyi lagu Let It Go itu tidak tahan membaca komen-komen negatif pengikutnya.

Tidak hanya mengucapkan selamat tinggal, Lovato juga menasihati seramai 36 juta pengikutnya agar berhenti berkata-kata buruk dan hanya fokus pada hal-hal yang baik.

Bagaimanapun, Lovato mengambil keputusan untuk terus menggunakan akaun Snapchat di theddlovato.

“Saya suka Snapchat kerana tidak perlu melihat apa yang segelintir orang katakan. Sila mengikuti laman Snapchat saya,” tulis Lovato lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post