
HELEN MIRREN
PELAKON veteran, Helen Mirren mengucapkan terima kasih kepada bintang realiti popular, Kim Kardashian kerana berjaya membuka mata banyak pihak, khususnya penggiat seni di Hollywood terhadap selebriti wanita berpinggul besar.
Bercakap mengenainya menerusi wawancara bersama portal Telegraph, pelakon filem Calender Girls itu menganggap Kardashian dan penyanyi Jennifer Lopez sebagai antara dua personaliti yang berani memecahkan tabu masyarakat.
“Saya tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang keluarga Kardashian.
“Tetapi, saya perlu berterima kasih kepada Kim dan JLo (Jennifer Lopez) kerana memberi keyakinan kepada wanita berpinggul besar untuk tampil lebih yakin,” katanya.
Dalam masa yang sama, Mirren, 69, turut meluahkan rasa lega kerana masyarakat kini lebih menghargai tubuh sendiri dan tidak cepat terpengaruh dengan momokan klise wanita cantik menerusi model majalah dan papan iklan.
“Ramai wanita sudah tidak kisah mempunyai paha yang besar. Ia merupakan satu perubahan yang positif,” katanya lagi.