Ryan Gosling dapat anak kedua


RYAN GOSLING

Pelakon terkenal, Ryan Gosling, menyambut baik ucapan tahniah daripada media di atas kelahiran anak keduanya bersama aktres, Eva Mendes.

Menurut satu sumber, anak kedua pasangan berkenaan dilahirkan di Providence St. John’s Health Center dan diberi nama Amada Lee Gosling pada 29 April lalu.

“Terima kasih atas ucapan anda semua, ini adalah antara momen terindah dalam hidup saya dan Mendes.

“Keluarga kami kini sempurna dengan dan kehidupan saya sekarang seperti di dalam syurga,” ujarnya dalam satu temu bual di televisyen sempena filem terbaharunya, The Nice Guys.

Gosling turut meluahkan perasaan buat wanita yang dikenali sejak 2011 itu dengan mengatakan, Eva sebagai pasangan terbaik yang pernah dicintainya.

Selain Amada, Gosling dan Mendes mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Esmeralda yang kini berusia 20 bulan.

Post a Comment

Previous Post Next Post