RAIN dan Kim Tae-hee.
Pasangan kekasih selebriti, Rain dan Kim Tae-hee dilaporkan menghabiskan masa bersama dengan bercuti di Pulau Jeju, Korea Selatan. Perkara itu telah disahkan oleh wakil agensi mereka.
“Mereka berdua telah pergi bercuti tiga hari dua malam di Pulau Jeju bersama keluarga dan rakan rapat.
“Selepas percutian pendek itu, Rain dijadualkan akan ke Malaysia untuk persembahan pada 21 Mei ini. Oleh itu, dia mahu berehat dan bercuti sebelum bekerja.
‘‘Percutian tersebut berlaku tanpa sebab yang khusus. Kedua-duanya sangat sibuk dengan kerja dan tiada perbincangan tentang perkahwinan setakat ini,” kata wakil agensi mereka berdua.
Berdasarkan laporan sebelum ini, pasangan selebriti itu terbang ke
Pulau Jeju pada 15 Mei lalu bersama keluarga dan difahamkan menginap di kediaman rakan mereka sepanjang percutian tersebut.
Penduduk tempatan di Pulau Jeju menyaksikan pasangan berkenaan menghabiskan masa bersama di lokasi yang tertutup.