Harta Johnny Depp bakal diperoleh Heard


AMBER HEARD menuntut cerai daripada Johnny Depp, minggu lalu.

Baru berhadapan dengan tuntutan cerai daripada isterinya, Amber Heard, Johnny Depp rupa-rupanya bukan harus melalui situasi perpisahan sahaja, tetapi harta miliknya juga perlu dibahagikan sebagai harta sepencarian bersama wanita itu.

Menariknya, Depp dan Heard hanya sempat berkahwin selama 15 bulan, tetapi pelakon tersebut dilaporkan mempunyai peluang yang cerah memperoleh sebahagian besar harta dan kekayaan aktor berusia 52 tahun itu.

Umum mengetahui selain popular, Depp memperoleh pendapatan yang cukup lumayan sebagai seorang pelakon. Untuk empat siri pertama filem Pirates of the Caribbean, Depp memperoleh keuntungan sebanyak RM1.4 juta serta dilaporkan mempunyai sebanyak RM400 juta keuntungan sepanjang tahun 2010.

Depp turut memiliki pelbagai aset termasuk sebuah pulau di Bahamas yang dibeli pada tahun 2004 selain mempunyai sebuah kediaman rehat mewah di Venice dan rumah agam di Perancis dibina di atas sebuah ladang dengan memiliki 12 buah bilik tidur dan 12 buah tandas.

Sementara itu, Heard, 30, pula dikatakan hanya memperoleh pendapatan hanya sekitar RM20 juta setahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post