Chloe kembali tempelak Kim


AKTRES terkemuka Hollywood, Chloe Grace Moretz kembali menempelak Kim Kardashian secara terbuka baru-baru ini.

Sebelum ini, kedua-dua figura itu pernah ‘berperang’ di laman sosial sekitar pertengahan Mac lepas.

Ia ekoran tindakan Chloe, 19, yang menyelar tindakan Kim, 36, memuat naik gambar bogelnya di internet.



Kim kemudian bertindak balas mengatakan bahawa ia hanya tindakan bodoh Chloe semata-mata bagi meraih publisiti murahan untuk lebih dikenali peminat.

“Mungkin, saya tidak memiliki 45,000 pengikut di laman sosial (seperti Kim), tetapi peminat masih mengenali saya.

“Sejujurnya, saya membenci tindakan sedemikian (memuat naik gambar bogel) hanya semata-mata mahu meraih perhatian lelaki,” ujar teraju utama filem Kick-Ass itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post