Mia Sara, Jangan Ciplak Tudung Saya


Mia Sara kini mempunyai produk tudung sendiri.

Pelakon remaja Mia Sara berharap agar tudung dan jubah bawah jenamanya iaitu MS Couture menjadi sasaran pihak-pihak tertentu untuk tidak menciplak dalam menghasilkan produk tiruan.

Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 11, berkata, produk jenamanya itu dijual dengan harga berpatutan dan tidak berbaloi untuk diciplak bagu tujuan meraih untung.

"Saya selalu terbaca dan tahu tentang produk-produk tudung berhadapan dengan masalah tiruan sehingga memberi kesan kepada peniaga.

"Saya harap sangat mereka tidak tiru tudung saya kerana tudung dan jubah yang saya jual murah dan kalau ada yang tiruan pun sama sahaja harganya," ujarnya kepada mStar Online.

Mia berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas pelancaran MS Couture yang diadakan di Hotel Royal, di sini, Selasa.

Pada majlis tersebut Mia memperkenalkan tiga jenis tudung, jubah dan baju kurung pelbagai warna.


Contoh tudung jenama MS Couture yang dipragakan.

Dalam pada itu, Mia yang sebak ketika berucap di atas pentas berkata, dia terkenangkan sewaktu melalui detik sukar awal pembabitannya dalam bidang perniagaan.

"Saya sedih kerana teringat awal-awal kami menjual tudung ketika itu saya belum berhijrah (memakai tudung) lagi kira-kira pada Januari 2015.

"Masa itu kami ada kedai sendiri, namun ketika iu tudung tidak laku dan nak jual sehelai pun susah.

"Sampailah selepas balik umrah Disember tahun lalu saya terbuka hati untuk bertudung, daripada situ rezeki semakin murah dan Allah tunjuk jalan untuk berniaga," ujarnya.



Tambah Mia, perniagaan tudung berkembang selepas berita tentang dia bertudung pada usia muda mendapat perhatian masyarakat.

Katanya, sehingga kini jualan yang dilakukan menerusi stokis yang dilantik semakin meningkat sehingga tidak dapat menampung permintaan.

Dalam pada itu, bercerita tentang kerjaya lakonan, Mia berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama Strawberry & Karipap.

"Alhamdulillah, masa saya beri kenyataan sudah kurang dapat tawaran berlakon selepas itu banyak pula yang datang.

"Saya pelik juga tawaran yang datang juga tidak minta saya buka tudung dan sesuaikan watak saya menjadi kanak-kanak bertudung," ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post