Zua XPDC, Jangan tuduh usah menghukum


Pemain gitar bass kumpulan heavy metal XPDC, Azuar Md Tasi atau Zua berharap masyarakat tidak terus melemparkan tuduhan liar terhadap penyanyi mereka, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael yang dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor, pada Rabu lalu.

Dalam kejadian itu, Mael ditemui berada dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seorang rakan yang segera membawanya ke hospital dan dibenarkan keluar selepas tiga hari menerima rawatan.

Zua berkata, doktor mengesahkan Mael menghidap penyakit ulser dalam perut dan gout.

"Mael berada dalam keadaan stabil dan biarlah dia berehat tanpa gangguan sehingga benar-benar pulih.

"Saya kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan cerita tidak elok mengenai Mael,” katanya kepada Harian Metro.

Zua mengakui berada di hospital menemani Mael dan melihat sendiri doktor memasukkan air dan lapan beg darah dalam tubuh penyanyi itu.

"Dia sakit dan jadi begitu kerana makan tidak teratur berikutan hidup sendirian.

"Saya minta masyarakat jangan buat spekulasi sendiri. Biarpun Mael pernah berdepan kisah hitam, usahlah terus menghukum dia,” katanya.

Difahamkan Mael sudah setahun menghidap ulser dan sering berulang-alik ke hospital untuk mengambil ubat.

Post a Comment

Previous Post Next Post