Semak status perkahwinan, rekod jenayah bakal pasangan hidup. Ini caranya

PERSEDIAAN sebelum memasuki alam perkahwinan sememangnya tidak boleh dipandang enteng oleh pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.

Membina mahligai indah bukanlah perkara mudah apatah lagi dalam melibatkan pemilihan pasangan hidup.

Jika tersalah langkah dalam memilih pasangan, boleh membuatkan rumah tangga berantakkan dan hubungan berakhir di separuh jalan.

Namun pernahkah korang tahu sebenarnya kita sendiri boleh menyemak bakal pasangan adakah pernah terlibat dalam sebarang kes jenayah syariah atau tidak.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Caranya mudah sahaja! Semakan status perkahwinan dan rekod jenayah pasangan masing-masing boleh dibuat di portal E-Syariah.

Portal tersebut menyediakan maklumat mengenai rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh seseorang.

Jadi, jom kita tengok cara untuk menyemak seperti yang dikongsikan pengguna Twitter @Faiq Fikrey.

Cara semak status perkahwinan dan jenayah pasangan sebelum kahwin;

1. Buka portal E-syariah dan pergi bahagian semak status kes.

2. Kemudian pilih samada MAL atau JENAYAH. Kemudian masuk kan IC pasangan anda. Dan klik 'cari'.

3. Ini contoh, aku pakai IC aku. Selesai. Alhamdulillah tak ada kes.

Sementara itu, menurut satu tweet di ruangan komen, seorang pengguna menjelaskan bahawa dalam mahkamah syariah, kes jenayah itu bukanlah kes-kes sivil seperti mencuri, dadah dan membunuh.

Sebaliknya, kes jenayah syariah adalah seperti ditangkap berkhalwat, berzina, minum arak, tak berpuasa dan seumpamanya.

Manakala kes Mal itu seperti rebut penjagaan anak, penceraian, pusaka dan sebagainya.

Semoga bermanfaat!

Post a Comment

Previous Post Next Post