Cabaran PU Riz beristerikan Neelofa

Mahligai rumah tangga selebriti popular, Neelofa, 32, dan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz, 26, terus mencuri perhatian biarpun selepas dua bulan berkahwin.

Daripada sudut positif hingga negatif, momentum kisah pasangan romantis itu tidak pernah padam, malah terus hangat dengan pelbagai isu serta kisah sensasi.

Menerusi siaran langsung dalam laman sosial bersama peminat, PU Riz mendedahkan, ada waktu susah dan senang ketika menjaga isterinya yang kini berniqab.

Bagaimanapun, katanya, ini kerana isterinya sudah terlalu lama bergelar boss, jadi ia menjadi satu pengalaman mencabar buatnya.

"Susah, senang ada, tetapi pengalaman mencabar apabila memiliki seorang isteri yang sudah lama bergelar boss. Jadi, apabila bersuami, jihad untuknya taat kepada perintah suami.

"Namun, kesukaran menjaga Neelofa tidaklah banyak, cuma saya perlu memberikan masa untuknya menyesuaikan diri," kata PU Riz.

Sementara itu, Neelofa berkata, dia tahu kewajipannya mentaati suaminya dalam situasi apa sekalipun.

"Memang tidak mudah. Selama ini, saya hidup saya dikelilingi dengan ramai pekerja. Saya komited menjaga syarikat yang diusahakan.

"Namun, apabila berkahwin dan memiliki suami dalam hidup, saya wajib mentaatinya. Masa untuk menyesuaikan hidup daripada zaman bujang hingga alam perkahwinan bukan senang, tetapi saya cuba sebaik mungkin.

"Alhamdulillah, saya dan suami dapat menyesuaikan diri sebagai pasangan suami isteri," katanya.

Neelofa dan PU Riz disatukan dalam ikatan sebagai suami isteri dalam satu majlis perkahwinan dan resepsi di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 27 Mac lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post