Salah sebutan Bahasa Inggeris, Adibah Noor tegur Rina Harun

Artis serba boleh Adibah Noor menegur kesilapan sebutan bahasa Inggeris Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Adibah memuat naik klip video menunjukkan Rina silap menyebut ‘doubt’ (keraguan) dengan betul semasa berucap di sesi ke-59 Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CsosD59) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, New York di Amerika Syarikat.

“Cara nak sebutnya hilangkan bunyi ‘b’...’dout’, tak payah ‘b’ tu.

“Sama juga ‘debt’ (hutang) bukan ‘deb’ tetapi ‘det’...’dout’, ‘det’, praktik,” katanya dalam video berdurasi 54 saat di Twitter.

“Walaupun penulis ucapannya hebat, saya harap dapat baca teks itu sendiri.”

Hantaran Adibah sejak tengah hari tadi sehingga kini ditonton 162,000 dan dikongsi 10,000 pengguna Twitter.

Rata-ratanya memberi reaksi positif dan berterima kasih kepada pelakon dan pengacara itu kerana menunjukkan cara sebutan Bahasa Inggeris yang betul.

Post a Comment

Previous Post Next Post