Nad Zainal tetap teruskan walaupun hamil

Walaupun hamil, Nad Zainal tetap meneruskan penggambaran drama bersiri yang kini mencetus fenomena, Takdir Yang Tertulis tahun lalu.

Nad yang melakonkan watak Juweta berkata, ketika awal penggambaran usia kandungannya baru dua bulan dan pada mulanya dia tidak mahu berkongsi dengan pengarah, Shahrulezad Mohameddin.

"Waktu itu, perut tidak nampak lagi. Selepas masuk bulan ketiga dan keempat, sudah boleh nampak. Jadi, kalau perasan dalam drama itu saya banyak pakai baju yang longgar. Mereka di lokasi pun pening sebab tak tahu bagaimana nak sorok dah.

"Saya nak teruskan drama ini kerana saya boleh menguruskannya (hamil). Mula-mula memang saya nak berahsia, tapi demi keselamatan saya cakap juga. Malah, selepas baca skrip saya kata okay, tapi mestilah mereka risau kalau jadi apa-apa.

"Saya cakap dengan pengarah dan penolong pengarah, saya tahu batas saya. Saya nak selesaikan perkara yang berat dulu sebab apabila hamil akan cepat penat," katanya.

Mengenai kehamilannya, Nad berkata, dia dijangka bersalin pada awal April depan.

"Sekarang saya memang berehat dan duduk di rumah saja sehingga bersalin nanti. Kalau ada kerja lain pun semuanya buat secara dalam talian. Dalam keadaan yang sedang sarat ini, saya risau nak keluar rumah terutama ketika penularan Covid-19 masih tinggi.

"Insya-Allah, saya dijangka bersalin awal April ini. Doakan semoga dipermudahkan. Alhamdulillah, untuk tawaran kerja sudah ada beberapa yang risik. Kebanyakannya nak mulakan penggambaran selepas Aidilfitri nanti," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post