Rumah adalah tempat untuk anda berlindung dan berehat, bau busuk akan menjadikan rasa tidak selesa dan mengganggu ketenangan apabila berada di rumah sendiri.
Aroma busuk atau hapak yang terus-terusan berada di persekitaran kediaman boleh menyesakkan dan sukar untuk disingkirkan, terutama apabila anda tidak tahu puncanya dari mana.
Berikut adalah beberapa petua untuk menghilangkan bau yang kurang enak di rumah dan menjadikannya kediaman kembali berbau harum dan segar:
1. Cari punca
Sebelum anda mengambil penyegar udara yang mahal, selidik dari mana datangnya bau yang tidak menyenangkan itu.
Ianya termasuk sampah yang tidak dibawa keluar, sisa makanan, pinggan yang tidak dibasuh dan bau baju yang busuk, atau singki yang tersumbat di dapur atau tandas anda.
Setelah membuang semua penyebabnya, anda kini boleh terus menyegarkan rumah.
2. Buka tingkap
Pengudaraan yang segar adalah pembersih semulajadi di rumah.
Dapatkan udara segar! Membuka tingkap rumah adalah salah satu kaedah terbaik untuk memastikan rumah lebih segar.
Pengudaraan dan cahaya matahari berfungsi sebagai pembersih semula jadi untuk bahagian dalam rumah.
Kami tidak mengesyorkan agar tingkap anda sentiasa terbuka, itu bukan amalan yang selamat. Tetapi buka pada awal pagi hingga waktu tengah hari untuk membiarkan udara segar masuk.
3. Bersihkan permaidani
Sentiasa bersihkan permaidani untuk memastikan tiada habuk dan bau hapak di rumah.
Permaidani sebenarnya adalah salah satu penyebab utama yang menjadikan rumah berbau hapak.
Hantarkan ke syarikat pembersih karpet profesional atau anda boleh gunakan pembersih buatan sendiri ini:
Campurkan 1 cawan baking soda dan 1 sudu besar kayu manis
Letakkan di dalam bekas dan kacau. Kemudian taburkan di atas permaidani
Biarkan selama 30-60 minit, dan vakum karpet.
Soda penaik akan menghilangkan bau karpet dan kayu manis akan memberi sedikit wangian ke permaidani anda (dan mencegah semut!).
Sekiranya anda bukan peminat kayu manis, anda boleh menggunakan minyak pati lain untuk memastikan permaidani berbau harum.
4. Bersihkan kabinet
Kabinet yang ditutup sepanjang waktu menyebabkan tiada pengudaraan di dalamnya.
Kabinet yang ditutup sepanjang waktu menyebabkan tiada pengudaraan di dalamnya.
Punca lain yang menyumbang kepada bau busuk adalah kabinet dapur atau almari rumah anda.
Oleh kerana kedua-dua perabot ini sering ditutup hampir sepanjang waktu ini menyebabkan tidak ada pengudaraan di dalamnya.
Maka, tidak mengejutkan jika bau yang terperap lama di bahagian dalam tidak dapat keluar sehingga lama-kelamaan menyebabkan bau busuk perlahan-lahan keluar dari lubang-lubang kecilnya.
Anda boleh membuat haruman buatan sendiri untuk almari dan kabinet, yang juga boleh bertindak sebagai penghalau serangga.
Khusus untuk kabinet kasut, gunakan pewangi kasut buatan sendiri yang ringkas ini:
Campurkan 3 sudu besar baking soda + 1 sudu pati jagung + 5 titis minyak teh
Taburkan pada kasut dan biarkan semalaman
5. Tanaman boleh membantu
Bukan hanya hiasan, tanaman pasu juga boleh mengharumkan kediaman.
Bukan hanya hiasan, tanaman pasu juga boleh mengharumkan kediaman.
Tumbuhan pasu bukan hanya hiasan yang berguna di rumah, tetapi sebenarnya pembersih udara semula jadi yang hebat!
Letakkan tanaman di sekitar rumah anda – pokok “palm”, angerik, dan lili adalah pilihan yang baik.
Tanaman wangi lain yang boleh anda gunakan adalah seperti basil, pudina, lavender, geranium dan “hyssop anise”.
6. Guna penyegar udara
Buat semburan haruman sendiri atau beli saja di kedai.
Anda boleh beli penyegar udara di kedai. Sekiranya anda tidak menyukai bau aerosol komersial, anda boleh memilih untuk membuat sendiri dengan menggunakan resepi semula jadi.
Beberapa idea hebat adalah dengan merebus kulit kayu manis serta ramuan herba, dan membiarkan wap harumnya memenuhi rumah anda.
Anda juga boleh membuat versi semburan sendiri dengan kombinasi jus limau, air dan baking soda.