Usop minta maaf terlanjur bergurau





Naib juara Big Stage 2020, Usop memohon maaf kepada pengacara program realiti itu, Sherry Alhadad apabila gurauannya terhadap bentuk badan pengacara berkenaan menimbulkan kemarahan warga netizen dalam media sosial.

Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 23, berkata, dia terlanjur kata dan memohon maaf secara terbuka kepada Sherry dan seluruh rakyat Malaysia menerusi program pentas akhir yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam tadi.

"Sebenarnya, saya terlepas cakap. Saya harap semua orang tak terasa. Sebelum orang berkata-kata mengenai saya dan Sherry, saya minta maaf.

"Saya nak minta maaf kepada semua orang yang terasa juga," luah Usop dalam nada kesal.

Pada malam minggu akhir program realiti itu, Usop yang menyanyikan lagu Arjuna menerima kecaman apabila secara tidak sengaja bergurau mengenai bentuk badan Sherry hingga netizen menganggap penyanyi itu melakukan 'body shaming'.

Tidak langsung berkecil hati, Sherry secara spontan memberitahu, dia memahami niat penyanyi lagu Selamanya itu, sekadar bergurau dengannya.

Post a Comment

Previous Post Next Post