Fattah, Fazura sambut puteri





Pelakon popular, Nur Fazura Sharifuddin selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan swasta, di sini.

Berkongsi berita gembira itu di Instagram (IG) sebentar tadi, pelakon Dendam Pontianak itu memaklumkan dia dan bayinya, berada dalam keadaan sihat.

"Assalamulaikum, syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan 2 Oktober 2020.

"Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga," luahnya.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu menambah, buat masa ini, mereka belum bersedia untuk mendedahkan wajah serta nama bayi mereka.

"Di sini, kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW... Insya-Allah," katanya.

Melalui entri itu, Fazura merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak pernah jemu mendoakan kesejahteraan dirinya, suami dan anak mereka.

'Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga," katanya.

April lalu, Fazura mengumumkan dirinya hamil empat bulan selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Post a Comment

Previous Post Next Post