Amaran Aaron Aziz untuk blogger





Pelakon popular Datuk Aaron Aziz memberi amaran kepada pemilik blog tidak bertanggungjawab yang menggunakan tajuk artikel mengaibkan mengenai rumah tangganya.

Aaron menerusi video berdurasi 50 saat di Facebook meminta blogger jangan menghasilkan blog bodoh dengan tajuk bodoh yang boleh mendatangkan fitnah.

"Lain kali, jangan nak buat blog-blog bodoh, tajuk-tajuk bodoh yang mendatangkan fitnah. Memulakan sesuatu dengan cara yang salah, cara yang mengaibkan orang," katanya.

Isu itu timbul apabila berikutan satu artikel dalam blog menggunakan tajuk 'Allahu tergamaknya buat macam tu kat isteri' dan meletakkan gambar Aaron bersama isterinya sekali gus menimbulkan salah faham banyak pihak.

Aaron turut memuat naik tangkap layar artikel itu di Facebook.

Post a Comment

Previous Post Next Post