Aeril Zafrel mahu bantu penduduk Sabah terkesan kerana Covid-19





Peningkatan kes Covid-19 di Sabah mendapat perhatian pelakon dan usahawan Aeril Zafrel.

Mengakui simpati dengan nasib rakyat di negeri itu, Aeril tampil untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Aeril menerusi hantaran di media sosial berkata, individu di Sabah yang terkesan dengan Covid-19 dan berada di zon merah diminta untuk menghubunginya bagi mendapatkan bantuan.

“Orang Sabah yang terkesan dengan Covid-19, zon merah terutamanya, yang perlukan bantuan sila mesej saya sekarang.

“Siap-siap bagi nombor akaun ya,” katanya di Instagram, hari ini.

Terkenal dengan sikap pemurah hati, Aeril dan isterinya Wawa Zainal sering melakukan kerja amal membantu golongan memerlukan.

Ketika ini, Sabah merupakan antara negeri terjejas teruk akibat Covid-19 selain beberapa negeri yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat.

Post a Comment

Previous Post Next Post