Nourul Wahab tersalah mengadu kepada menteri Sabah





Rimas pembinaan bangunan pencakar langit sekitar ibu negara, penyanyi Nourul Wahab “terkhilaf” membuat aduan.

Membalas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah yang baharu, Nourul menyangka Datuk Masidi Manjun mempunyai kuasa di peringkat kerajaan Persekutuan.

“Tolong hentikan membina kondominium dan pangsapuri di tengah ibu kota. Bangunan semua sudah rapat dan kes denggi meningkat.

“Siapa sahaja yang mahu beli komdominium terbabit,” soalnya di Twitter.

Penyanyi Keliru itu membuat gesaan kepada Masidi yang bertukar portfolio dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag Datuk Bung Moktar Radin.

Secara tidak langsung, aduan Nourul mengundang rasa lucu warga maya yang menganggap penyanyi itu tidak dapat membezakan peranan kerajaan Persekutuan dan negeri.

Nuna Aqilah: “Masidi menteri di Sabah guna gelaran yang hampir sama dengan exco atau pengerusi jawatankuasa di negeri lain.”

Aidil: “Ini Sabah, bukan Persekutuan.”

Tidak ketinggalan Masidi sendiri tampil menjawab aduan Nourul dengan menyatakan peranannya dalam kementerian terbabit.

Post a Comment

Previous Post Next Post