
Usahawan kosmetik Safiey Ilias mengakui menerima pesanan berunsur lucah menerusi aplikasi WhatsApp
Tindakan seorang individu membuat gangguan seksual dengan menghantar pesanan lucah menerusi aplikasi WhatsApp kepada usahawan kosmetik Safiey Ilias ternyata mengundang padah.
Marah dengan tindakan individu terbabit, Safiey dilihat memuat naik tangkap layar pesanan diterima di media sosial yang turut tertera nombor telefon si penghantar.
“Siapa s***** hubungi abang kejadian alam ini ye,” katanya di Instagram, hari ini.
Menerusi foto dikongsikan Safiey, kelihatan usahawan itu telah menyekat nombor telefon individu tidak dikenali tersebut.
Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial mengkritik tindakan individu terbabit yang dianggap tidak menghormati Safiey.
Terdapat juga warga maya yang menasihati Safiey agar tidak melayani gangguan seperti itu dan terus bersabar dengan pelbagai kerenah manusia di media sosial.
Fhdilh: “Sabar la ya...abaikan...semua itu dugaan.”
Yayahh_official15: Saya pernah dapat WhatsApp daripada dia tu and auto block sahaja.”