
Hirisan bawang putih dan lemon bantu buang toksin dalam badan
Definisi buang toksin lebih dikenali sebagai detox dan ia berkait rapat dengan sistem penghadaman atau pencernaan.
Toksin dalam badan perlu dikeluarkan kerana tak semua makanan yang kita makan dicerna dengan sempurna.
Udara yang tercemar, bahan kimia, dan kandungan ubat-ubatan juga merupakan pengumpulan toksin.
Toksin yang berlebihan di dalam badan membuatkan kita berasa letih dan susah untuk bangun tidur.
Sangat penting untuk detox supaya badan kita sentiasa sihat. Jadi kalau nak detox bolehlah amalkan petua ini sebelum tidur.
Pengambilan bawang putih dan perahan air lemon dapat membantu membuang toksin dan racun di dalam badan.
Bawang putih merupakan makanan yang sihat dan perlu diamalkan setiap hari.
Ia kaya dengan vitamin, mineral, enzim yang sangat bermanfaat untuk keperluan manusia.
Bawang putih dapat melawan jangkitan dan mencegah pelbagai jenis kanser.
Bukan itu saja, dikatakan ia dapat membersihkan badan daripada racun, menurunkan kadar kolesterol, meredakan selsema dan membantu masalah pencernaan.
Mudah saja caranya, potong beberapa hirisan bawang putih dan tambahkan satu sudu air, kemudian masukan perahan air lemon dan minum.
Lakukan rutin ini setiap hari sebelum tidur dan minum banyak air masak.
Cara ini dapat menyingkirkan toksin toksin dari tubuh badan kita.
Seperti pepatah Inggeris, “boost your immune system with lemon and garlic”.
Selamat mencuba!