Jiggy Masin nafi hantar mesej, video lucah di Instagram




Pelawak Jiggy Masin menafikan dakwaan pernah menghantar mesej dan video lucah kepada seorang wanita sebagaimana tular di media sosial.

Jiggy atau nama sebenar Mohamad Aizat Ahmad Nazri berkata, dakwaan itu tidak lain hanya berniat untuk memburukkan namanya dalam industri hiburan.

“Itu bukan saya. Tetapi saya sendiri tidak tahu apa motif individu itu.

“Saya ini hanya orang biasa dan bukan selebriti terkenal pun untuk orang hendak jatuhkan saya.

“Sini tempat untuk saya cari rezeki tetapi tidak sangka diduga dengan perkara macam ini,” katanya seperti dilaporkan MStar.

Semalam, tular di media sosial seorang wanita memuat naik hantaran tangkap layar kononnya Jiggy pernah menghantar mesej dan video lucah kepadanya.

Setakat ini, belum dapat dipastikan kesahihan dakwaan wanita berkenaan.

Nama Jiggy kian dikenali selepas menyertai program lawak sebuah stesen televisyen pada 2017.

Menamatkan zaman bujang bersama pengacara Elly Ariffin pada 2016, perkahwinan kedua mereka tidak bertahan lama selepas disahkan bercerai pada awal tahun ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post