Wak Doyok tutup kedai, lelong baju serendah RM1




Pandemik Covid-19 yang berpanjangan menyebabkan ramai peniaga terjejas sehingga terpaksa gulung tikar, golongan selebriti seperti Wak Doyok tidak terkecuali terkena tempias.

Wak Doyok, nama sebenar Mohd Azwan Md Nor, 40, mengumumkan terpaksa menutup perniagaan butiknya di Shah Alam, Selangor selepas tiga tahun operasi.

“Sedih rasa di hati tapi Wak kena kuatkan semangat demi 70 orang adik yang bekerja dengan Wak selama tiga tahun di Starvilion.

“Susah bila keadaan terus menduga macam ini,” catatnya di Instagram.

Katanya disebabkan itu beliau membuat jualan gudang penghabisan stok dan melelong pakaian serendah RM1 bermula hari ini hingga 5 Julai depan.

Beliau juga mengumumkan memberi 5,000 pasang baju melayu secara percuma serta menawarkan harga istimewa kepada petugas barisan hadapan.

“Jualan terakhir Starvilion, Bismillah. Kita tutup dulu, nanti Insya Allah kita akan bangkit semula dengan arah baru.

“Insya Allah doa-doakan Wak dan team Starvilion,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post