Amelina Semangat bisnes kek




Itu yang berlaku kepada penyanyi dangdut terkenal, Amelina apabila putus sumber pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu.

Namun, memikirkan dirinya adalah ketua keluarga yang perlu menampung enam cahaya mata, penyanyi lagu Janda Anak Enam ini perlu berusaha mencari jalan demi kelangsungan hidup.

Percubaannya dalam bidang perniagaan makanan dengan menjual kek Banji Mat Roll sepanjang Ramadan lalu memberikan semangat baharu untuknya untuk melangkah jauh dalam cabang baharu itu.

"Saya fikir anak-anak semakin membesar. Saya kena ada 'back-up' ini semua. Apa yang berlaku saya anggap ujian dan terpaksa berusaha sendiri. Alhamdulillah, dapat naik satu fasa apabila berniaga.

"Apabila berniaga, dapat juga duit sepanjang bulan puasa lalu sebab kerja memang tak ada langsung. Alhamdulillah, perniagaan ini sudah masuk peringkat ketiga. Permintaan nak menjadi ejen di seluruh negara pun banyak.

"Walaupun bekerja keras, tapi bagi saya berbaloi. Diakui saya berhabis untuk perniagaan ini," katanya.

Namun, Amelina yang juga ibu tunggal berkata, segala susah payah dilalui itu berbayar apabila mendapat maklum balas positif daripada pelanggan.

"Awalnya nak buat untuk raya saja, tapi apabila buat premium dengan bungkusan yang cantik, kek pun nampak sangat 'high class', jadi mereka yang membeli rasa berbaloi.

"Apabila saya dapat banyak maklum balas positif, jadi saya putuskan untuk teruskan perniagaan ini. Ia menjadi perniagaan serius saya sekarang. Insya-Allah selepas ini ada dua ke tiga lagi produk nak masuk. Selagi boleh buat duit dan menghasilkan pendapatan saya akan buat saja," katanya.

Berkongsi mengenai kerjaya seni, Amelina berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharu tidak lama lagi.

Lebih menarik, single itu dianggap kejutan selain buah tangan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan buat dirinya dari dulu sampai sekarang.

"Pihak pengurusan saya dalam proses menghasilkan single baharu. Sepatutnya beberapa bulan lalu, tapi disebabkan PKP semuanya tergendala.

"Sejujurnya, saya tak sabar nak hasilkan single terbaharu ini. Bagi saya, ini adalah hadiah untuk peminat. Saya anggap ia satu kejutan sepanjang lebih 20 tahun dalam bidang ini," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post