Dina Nadzir pangkah lelaki ketiak berbau




‘Dia mesti bijak dan apa yang penting, tiada masalah ketiak berbau.’

Itu kriteria jejaka pilihan penyampai radio ERA, Dina Nadzir jika ada yang bertanya mengapa bekas peserta program realiti, Malaysian Idol ini masih solo.

Enggan terburu-buru mencari pengganti selepas putus cinta, Dina, 35, menitikberatkan personaliti jejaka yang mahu dikenalinya dengan rapat.

‘Saya pentingkan personaliti, bijak dan yang penting, dia mesti wangi. Tidak lupa juga, matang.

“Kalau dahulu, saya pilih yang kacak. Maklumlah, ketika itu masih muda dan hendak mencari yang sedap mata memandang.

“Sekarang, tidak lagi... Soal rupa tidak penting. Tapi mesti wangi, kalau ketiak dia berbau, memang ‘potong’,” katanya.


Dina berkata, dia bagaimanapun selesa dengan kehidupan sekarang di mana tiada hati yang perlu dijaga.

“Saya tidak pernah sunyi biarpun sudah 10 tahun hidup single sejak putus cinta dengan bekas kekasih.

“Kalau rasa nak meluahkan masalah, saya sentiasa ada ibu bapa dan rakan baik yang boleh saya ceritakan apa sahaja,” katanya.

Dina menambah, dia tidak percaya laman atau aplikasi mencari jodoh atas talian.

“Saya tidak percaya usaha mencari jodoh melalui aplikasi atas talian. Mungkin saya terlalu paranoid sebab macam-macam boleh jadi kalau kita keluar dengan orang yang tidak dikenali.

“Kalau hendak keluar, saya pergi dengan kawan-kawan yang saya kenal. Saya mungkin selalu tengok kes yang dipaparkan dalam drama televisyen (TV) apabila sesuatu yang buruk berlaku dalam pertemuan pertama,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post