Tya tidak pernah berhenti daripada lakonan, namun buat masa ini fokusnya adalah terhadap keluarga. Tya (kiri) bersama suami, Ashraf dan anak sulungnya, Arif Jiwa.
Status Tya Arifin sebagai pelakon semakin dilupakan sejak dia bergelar isteri kepada Ashraf Khalid dua tahun lalu. Sebaliknya pelakon kelahiran Palembang, Indonesia itu kini lebih dikenali sebagai ibu kepada Arif Jiwa dan menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Disebabkan sudah lama tidak aktif berlakon, Tya dilihat seolah-olah menumpang populariti Arif dan Siti untuk terus kekal relevan dalam industri seni. Tidak melatah, Tya sebaliknya mengakui perkara tersebut dan menganggap tempias populariti yang diraih daripada Arif dan Siti adalah rezeki buat dirinya.
Menyentuh soal kehidupan peribadi, Tya yang baru sahaja melahirkan anak keduanya, Azzahra Jiwa pada Mei lalu berkata, kehidupannya kini sudah lengkap sebagai seorang wanita, isteri dan ibu.
Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandari Arifin yang ditemui Kosmo! pada majlis pelancaran minuman suplemen, Kilafit di Kuala Lumpur baru-baru ini menjelaskan, proses penjagaan Azzahra yang berusia dua bulan lebih mudah memandangkan telah mempunyai pengalaman sebagai ibu.
Dalam pada itu, Tya turut meluahkan rasa rindunya untuk ke set penggambaran, bagaimanapun buat masa ini, dia terpaksa memberi fokus terhadap tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu terlebih dahulu.
Kosmo!: Bagaimanakah kehidupan Tya sekarang sejak bergelar ibu kepada dua orang anak?
Tya Arifin: Alhamdulillah sudah lengkap keluarga saya selepas memiliki sepasang anak, lelaki dan perempuan. Sudah pasti rumah saya bertambah riuh.
Buat masa sekarang fokus utama adalah keluarga. Ada juga yang bertanya tentang jumlah anak yang ingin saya miliki, tetapi itu harus ditanya kepada suami (Ashraf). Bagi saya secara peribadi mungkin tidak lebih daripada tiga orang anak.
Bagaimana pengalaman menjaga dan menguruskan anak kedua setakat ini?
Saya rasa lebih berpengalaman dan sudah tahu apa yang ingin dilakukan berkat menguruskan Arif dahulu. Senang cerita, ilmu keibubapaan lebih terancang kali ini seperti urusan susu badan, kesihatan dan didikan.
Bagaimanakah penerimaan Arif apabila sudah menjadi seorang abang?
Arif okey sahaja dan sudah mula mengerti yang dia sudah bergelar seorang abang. Sewaktu mula-mula Azzahra lahir, Arif kelihatan bingung juga (ketawa), namun sekarang penerimaannya semakin baik. Dia sudah boleh diharapkan jika diminta untuk membantu mengambilkan barang, contohnya lampin pakai buang. Dia sudah pandai memujuk dengan menyanyikan lagu andai adiknya menangis.
Apakah rukun rumah tangga yang Tya dan suami amalkan untuk mengekalkan keharmonian keluarga?
Sentiasa bersikap positif dan bersangka baik. Kalau bergaduh sentiasa cari penyelesaian bersama. Andai ada yang tidak berkenan di hati, jangan disimpan, lebih baik luahkan dan berbincang. Seperkara lagi, dalam perhubungan perlu ada api dan air. Komunikasi dan tolak ansur itu adalah perkara paling penting. Saya akui banyak kes perceraian yang melibatkan kecurangan dalam kalangan selebriti. Saya sentiasa berdoa agar Allah sentiasa pelihara kerukunan rumah tangga kami. Sebagai suami dan isteri, kita perlu sama-sama menjaga kebahagiaan yang Allah berikan.
Boleh kongsikan perkembangan karier lakonan anda?
Buat masa sekarang, saya sibuk menguruskan perniagaan jamu Mutyara. Namun, saya tidak pernah tutup hati untuk kembali ke kaca televisyen. Kalau ada tawaran yang bersesuaian seperti menjadi juri saya pasti akan mempertimbangkannya. Cuma sekarang, fokus utama adalah keluarga.
Tidakkah anda berasa rindu terhadap dunia lakonan?
Semestinya rindu, namun seperti yang saya katakan kalau ingin terlibat dalam sesuatu projek perlu melihat skrip dan kesesuaian jadual terlebih dahulu. Suami pun tidak pernah menghalang, cuma dia selalu nasihatkan utamakan apa yang penting dahulu iaitu keluarga.
Apakah komen anda apabila dikatakan menumpang populariti Arif dan Siti?
Sejujurnya, saya anggap itu semua rezeki. Memang ramai yang pada mulanya mengenali saya sebagai menantu Mak Iti (panggilan kepada Siti) dan diakui status tersebut sedikit sebanyak membantu perkembangan karier saya di Malaysia. Selepas memiliki anak, mereka juga turut disayangi dan memiliki ramai peminat, mungkin jauh lebih ramai daripada saya sendiri. Sebagai ibu, saya gembira sahaja kerana yang penting peminat mengirim doa yang baik-baik untuk keluarga kecil saya.
ReplyDeletepara Member setia Fansbetting,
untuk kalian para pecinta permainan casino online
yang mungkin sedang mencari agen terpercaya dengan bonus rollingan yang besar
kami menyarankan kepada kalian semua para member setia kami
bahwa kami akan memberikan BONUS ROLLINGAN 0.70% untuk kalian semua
dan langsung otomatis masuk ke dalam id kalian,
jadi untuk kalian yang mau mencoba bonus ini dan ingin bermain di salah satu agen yang terpercaya
kalian bisa bermain bersama kami . fansbetting.com
* CLAIM NOW AND JOIN US *
Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di:
WA : +855963156245^_^
Ayo tunggu apalagi !!