Nabil Mahir dituduh berlakon jadi mangsa keadaan




Nabil Mahir memuat naik sekeping gambar berserta kapsyen yang dipercayai berkaitan dengan kontroversi yang melandanya dan bekas teman wanita, Sarah.

Selepas beberapa hari mendiamkan diri susulan kontroversi pendedahan bekas kekasihnya Sarah Hildebrand minggu lalu, pengacara Nabil Mahir akhirnya bersuara.

Menerusi kiriman sekeping gambar dalam Instagramnya, Nabil menulis kapsyen menggambarkan bahawa dirinya tidak bersalah atas setiap tuduhan yang dilemparkan Sarah.

"Banyak benda boleh kongsi tapi ada yang tidak perlu. Takut makan diri. Diam tidak bermaksud salah atau kalah," tulisnya pada sekeping swafotonya malam tadi.

Pada masa sama, bekas pengacara program HLive! itu turut mengucapkan terima kasih atas teguran dan nasihat yang dilontarkan peminat kepadanya.

"Apa pun terima kasih atas semuanya. Segala keaiban, fitnah dan kutukan. Terima kasih atas teguran dan nasihat semua. Doakan yang baik-baik," katanya.


Perkara tersebut bagaimanapun mendapat maklum balas berbeza daripada pengguna Instagram apabila ramai yang menyerang dan melabelkan Nabil sebagai berpura-pura menjadi mangsa keadaan.

Alasan mereka, sebelum ini Nabil kerap berkelakuan tidak matang sepanjang bercinta dengan Sarah seperti bergurau dengan mencurah air ke muka bekas teman wanitanya itu.

Terdahulu, minggu lalu peminat hiburan dikejutkan dengan pendedahan daripada Sarah tentang punca perpisahannya dengan Nabil sekitar Februari tahun ini.

Antara pendedahan mengejut Sarah adalah Nabil curang dengan wanita lain selain lelaki itu menuduhnya tidur dengan pengurus kerana mahukan populariti.

Kedua-duanya mengambil jalan berpisah selepas lima tahun bersama.

Post a Comment

Previous Post Next Post