Menerusi Instagram yang dimuat naik Mawar Karim, masalah rumah tangga yang dihadapi itu seharusnya diuruskan oleh mereka dan ibu bapa sahaja tanpa campur tangan pihak lain.
Usahawan tudung, Mawar Abdul Karim dan juga isteri kepada pelakon serta pengacara, Fizo Omar, tampil meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi terhadap keadaan rumah tangga yang sedang dialaminya.
Menurut Mawar, 30, masalah rumah tangga yang dihadapi itu seharusnya diuruskan oleh mereka dan ibu bapa sahaja tanpa campur tangan pihak lain.
"Di sini bagi saya sebaiknya setiap masalah dihadapi oleh pasangan biar la hanya suami isteri dan jika tidak seeloknya hanya libatkan kedua orang tua kita sahaja.
"Jika ada pihak lain campur tangan perhubungan akan menjadi lain. Komunikasi antara suami isteri sangat penting kerana setiap apa yang berlaku sebelum atau kehadapan tiada tanggapan negatif terhadap pasangan kita.
"Hanya saya dan Fizo saja tahu, rasa apa yang kami lalui sekarang ni," tulisnya di Instagramnya hari ini.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berumur dua tahun.