Raya paling bermakna buat Anzalna Nasir




Anzalna selamat menimang cahaya mata lelaki pada 31 Mei (Jumaat) lalu.

Pelakon Anzalna Nasir selamat menimang cahaya mata lelaki pada 31 Mei (Jumaat) lalu.

Berita menggembirakan itu dikongsi Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md. Nasir melalui akaun Instagramnya sebentar tadi.

"Jumaat, 31.5.19. Syukur Alhamdulillah dipermudahkan segalanya.

"Setelah sekian lama menantikan kehadiran cahaya mata, akhirnya bertemu jua.

"Raya yang paling bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih buat semua yang sentiasa mendoakan kami," tulis pelakon yang cukup dikenali menerusi drama Memori Cinta Suraya itu.

Dalam pada itu, suami Anzalna, Hanif menerusi akaun Instagramnya turut memuat naik beberapa video yang memaparkan perjalanan Anzalna sepanjang proses menanti kelahiran bayinya.

"Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak lelaki kami pada 31 Mei 2019, Jumaat lalu.

"Perasaan yang tak dapat saya gambarkan. Kedua-dua anak dan ibu dalam keadaan baik dan 'ready to rock the world'. Syukur," tulisnya di Instagram.

Video itu juga memaparkan saat-saat Hanif mengazankan bayi mereka ketika Anzalna berada di hospital.

Anzalna dan Hanif atau nama lengkapnya, Hanif Zaki berkahwin pada Februari 2016 selepas 10 tahun perkenalan.

Post a Comment

Previous Post Next Post