Bapa Liza Hanim meninggal dunia




a kepada penyanyi popular, Liza Hanim, Abdul Halim Abd. Razak telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru tahap empat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM), di sini lewat petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Liza menerusi laman Instagramnya yang memohon agar peminat mendoakan kesejahteraan roh arwah bapanya.


“Assalamualaikum semua, saya dengan rendah diri ingin memaklumkan bapa saya sudah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Jenazah akan dibawa pulang ke rumah selepas urusan memandikan jenazah selesai di HUKM. Mohon doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang dikasihi-Nya,” tulisnya lagi.

Keadaan kesihatan Allahyarham Abdul Halim yang dikesan menghidap kanser awal April lalu semakin merosot sewaktu bulan Ramadan malah terpaksa beraya di hospital.

Beberapa hari selepas sambutan hari raya, arwah dibenarkan pulang ke rumah sebelum dikejarkan semula ke HUKM tiga hari lalu.

Menyedari keadaan bapanya yang semakin ktitikal, pelantun lagu Gelisah Mimpi itu memuat naik status berdoa agar pemergian arwah dipermudahkan beberapa jam sebelum dia meninggal dunia.

Kira-kira sebulan lepas, Liza juga telah kehilangan bapa mentuanya, Mohamed Samsudin Tahir pada 9 Mei.

Post a Comment

Previous Post Next Post