Aaron Aziz sekeluarga keracunan makanan




Pelakon, Aaron Aziz dan isteri, Diyana Halik bersama anak bongsunya, Dahlia Arissa, 9, telah mengalami keracunan makanan sehingga ditahan di wad sebuah hospital swasta sejak semalam.

Menerusi kemas kini Insta Story Diyana, mereka bertiga kini semakin baik dan telah menerima rawatan sewajarnya.

“Alhamdulillah, ia mungkin boleh menjadi lebih teruk daripada ini.

“Meskipun sakit, masih mendapat ubat dan dipermudahkan segala urusan,” tulis Diyana lagi.

Menerusi kemas kini itu lagi, dapat dilihat ketiga-tiga mereka dimasukkan air ke dalam badan kemungkinan bagi mengatasi dehidrasi akibat simptom keracunan seperti muntah dan cirit-birit.

Post a Comment

Previous Post Next Post