Tya Arifin selamat bersalin anak kedua




Tya bergambar bersama suami dan cahaya mata keduanya yang dikongsi dalam akaun Instagram hari ini.

Selebriti yang juga menantu tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Tya Arifin selamat melahirkan anak keduanya, seorang bayi perempuan pada pukul 9.21 pagi semalam di sebuah hospital swasta ibu kota.

Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya, Muhammad Asyraf Datuk Seri Khalid menerusi laman Instagram dan turut mengumumkan nama bayi perempuan tersebut.


“Alhamdulillah, isteri saya Tya selamat melahirkan anak kedua kami pada 9 Mei 2019 tepat pukul 9.21 pagi.

“Ucapkan Assalamualaikum kepada Azzahra Jiwa Muhammad Asyraf. Terima kasih atas doa-doa semua peminat Tya sepanjang kehamilan hingga melahirkan,”katanya lagi.

Asyraf,26, dan Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandri Arifin,24, melangsungkan pernikahan pada 2015 dan memiliki seorang lagi anak iaitu Arif Jiwa yang berusia dua tahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post