Kes selesai luar mahkamah, Linda Rafar diarah mohon maaf




Pelakon, Linda Rafar bersetuju membuat permohonan maaf terhadap jururawat yang ditularkan Januari lalu selepas kes saman antara dia dan Delegasi Of Nurse (DON) diselesaikan di luar mahkamah.

Menurut satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh DON yang dimuat naik di laman Facebook miliki seorang doktor bernama Rusyainie Ramli, Linda atau nama sebenarnya, Azlinda Rafar bersetuju dengan permohonan maaf tersebut.

“Selebriti itu sudah bersetuju membuat permohonan maaf melalui platform Instagram miliknya apabila kes ini diselesaikan di luar mahkamah atas persetujuan kedua belah pihak.

“Ini adalah khabar gembira buat warga jururawat terutama apabila kami akan menyambut Hari Jururawat Sedunia pada 12 Mei ini,” tulis kenyataan tersebut.

Sementara itu, bekas anggota kumpulan Elite itu dilihat telah memuat naik permohonan maaf di laman Instagramnya pada petang Rabu namun tidak merujuk secara khusus kepada siapa.

“Sempena bulan Ramadan ini, saya mengambil kesempatan untuk memafkan semua yang menyakiti saya secara sengaja atau tidak dan berharap saya juga dimaafkan.

“Tiada siapa yang hebat di muka bumi Allah ini dan tiada salahnya jika kita ikhlas memohon maaf dahulu dan melupakan segala kisah lalu,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Linda mengadakan sidang media bagi memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna laman sosial.

Ia susulan tindakan Linda memuat naik status di Instagram mengenai ketidakpuasan hati terhadap sikap jururawat bertugas di Hospital Shah Alam yang merawat arwah ibunya.

Perkara itu berlanjutan hingga timbul isu fitnah dan ugut bunuh daripada pengguna laman sosial terhadap Linda dan keluarganya.

Post a Comment

Previous Post Next Post