Nabil Ahmad umum nama anak ketiga dalam MeleTOP




Nabil mengumumkan nama anak perempuannya yang dilahirkan pada 24 April lalu secara pembedahan sebagai Mishall Imani.

Pengacara Nabil Ahmad mengumumkan nama anak ketiganya ketika bersiaran menerusi program MeleTOP malam tadi.

Nabil, 34, mengumumkan nama anak perempuannya yang dilahirkan pada 24 April lalu secara pembedahan sebagai Mishall Imani yang bermaksud cahaya keimanan.


“Saya ingin mengumumkan saya dan isteri memberi nama anak ketiga adalah Mishall Imani. Alhamdulillah,” katanya.

Sebelum ini, pasangan yang berkahwin pada 2011 itu memiliki dua cahaya mata perempuan iaitu Naira Mikayla,7, dan Leyla Medyna, 4.

Post a Comment

Previous Post Next Post