Datuk Dahlan Zainuddin diserang strok kali kedua




Dahlan Zainuddin dikejarkan ke Hospital Selayang, Selangor kerana diserang strok.

Penyanyi veteran, Datuk Dahlan Zainuddin dikejarkan ke Hospital Selayang, Selangor selepas diserang strok petang kelmarin.

Isterinya, Datin Effa Rizan berkata, penyanyi berusia 78 tahun itu masih lagi tidak sedarkan diri dan berharap agar orang ramai mendoakan kesihatan suaminya.

“Sekitar pukul 6 petang semalam, suami saya tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri. Beliau kemudiannya dikejarkan ke Hospital Selayang dan masih dirawat di wad kecemasan.

“Sehingga sekarang dia masih tidak sedarkan diri. Saya berharap agar semua dapat mendoakan kesihatannya pulih seperti sedia kala,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Sebelum ini, penyanyi lagu Kisah Seorang Biduan itu pernah diserang strok pada 2016 ketika sedang berada di sebuah majlis berbuka puasa di Perlis.

Tahun sebelumnya, Dahlan juga dimasukkan ke Hospital Ampang, Selangor selama seminggu kerana jangkitan paru-paru.

Post a Comment

Previous Post Next Post