Nabil Ahmad umum kelahiran anak ketiga




Pengacara Nabil Ahmad menyambut kelahiran anak ketiganya di Hospital Thomson Damansara dekat sini, pada pukul 1 tengah hari semalam.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 36, dan pasangan Nazirah Ayub, berkongsi mengenai berita itu di laman Instagramnya @nabilzira pada hari ini.

Malah Nabil juga memuat naik foto pertama wajah bayi perempuan di laman sosial itu dan rata-rata netizen meninggalkan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut.

"Assalamualaikum," tulisnya ringkas di laman Instagramnya hari ini.

Sementara itu, memetik perkongsian Instagram @meletop Nabil akan mengumumkan nama bayi berkenaan secara eksklusif di program terbitan Astro pada Selasa depan.

Nabil dan pasangan mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 telah dikurniakan dua cahayamata perempuan iaitu Nayla Mikayla dan Leyla Medina.

Post a Comment

Previous Post Next Post