Anzalna Nasir bakal timang bayi lelaki




Anzalna dan Mohamad Hanif mengumumkan bakal menimang bayi lelaki yang dijangka lahir pada Jun depan.

Selepas berteka-teki mengenai jantina cahaya mata sulungnya, pelakon Anzalna Nasir dan pasangan Mohamad Hanif Zaki mengumumkan bakal menimang bayi lelaki yang dijangka lahir pada Jun depan.

Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir, 31, berkata, segala perancangan menyambut bayi baharu itu berjalan dengan lancar dan keluarganya teruja menantikan kelahiran anak sulungnya itu.

“Saya dan suami telah mengetahui mengenai jantina bayi kami pada awal kehamilan. Kebetulan suami dan bapa sememangnya mengimpikan kehadiran generasi lelaki dalam keluarga kami.

“Alhamdulillah apabila dimaklumkan doktor bayi ini adalah lelaki saya terkejut dan bersyukur. Akhirnya impian bapa dapat ditunaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Ommey Anzalna Nasir’s Baby Gender Reveal di sebuah hotel di sini hari ini.

Menurut Anzalna, dia dan suami telah mempunyai nama khusus untuk anak mereka. Nama itu juga merupakan ilham daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

Tambahnya, dia dijangka melahirkan anak sama ada pada awal Syawal atau sekitar Jun di hospital swasta Gleneagles Kuala Lumpur.

“Saya berharap untuk melahirkan anak ini secara normal. Namun apa yang penting saya berdoa kami berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pada majlis yang sama, Anzalna diumumkan sebagai duta produk NR rangkaian penjagaan bayi Ommey keluaran MISB Resources Sdn. Bhd.

“Saya akan dijaga oleh NR sepanjang proses berpantang dan menggunakan Ommey dan Rangkaian Herbanika Bersalin NR,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post