Buku tulisan Siti Nordiana menang Buku Umum Terbaik




Siti Nordiana meluahkan rasa syukur dan terharu atas penghargaan yang diterima atas usahanya berkongsi kisah hidup menerusi buku tersebut.

Buku autobiografi tulisan penyanyi, Siti Nordiana Alias yang bertajuk Lifes Goes On telah dinobatkan sebagai Buku Umum Terbaik di Anugerah Buku Negara 2019 pada Isnin lalu.

Siti Nordiana atau mesra disapa Nana meluahkan rasa syukur dan terharu atas penghargaan yang diterima atas usahanya berkongsi kisah hidup menerusi buku tersebut.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan pengiktirafan ini dan ternyata usaha saya selama dua tahun untuk menyiapkan penulisan buku Lifes Goes On telah membuahkan hasil.

“Buku ini menceritakan sisi kehidupan saya yang mungkin peminat tidak tahu terutama sebelum saya menyertai program realiti Gegar Vaganza 2015,” katanya lagi.

Selain itu, pelantun lagu Terus Mencintai itu juga mengucapkan terima kasih kepada Buku Must Read iaitu syarikat penerbitan yang bertanggungjawab menerbitkan bukunya.

“Saya berharap ramai orang di luar sana terutama ibu tunggal mendapat inspirasi serta semangat selepas membaca apa yang saya kongsikan dalam buku Lifes Goes On,” katanya lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post