Almy Nadia berang suami difitnah kes tangkap khalwat




Pelakon Datin Almy Nadia menyelar tindakan pengguna laman sosial yang menabur fitnah terhadap suaminya, Datuk Fizz Fairuz berhubung dakwaan ditangkap khalwat bersama seorang wanita di Pulau Perhentian, Terengganu pada Jumaat lalu.

Almy atau nama sebenarnya, Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah, 33, berkata, pada hari kejadian, suaminya berada di Kuala Lumpur dan sedang menjalani latihan sebagai penyampai bagi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL2019) yang berlangsung Ahad lalu.

“Sekarang suami saya sedang menjalani latihan sebagai salah seorang penyampai DFKL2019 untuk malam ini (Ahad).

“Lebih baik bunuh sahaja suami saya daripada anda semua menabur fitnah,” ujar Almy tegas pada laman Instagramnya.

Terdahulu, menerusi laporan yang diterbitkan oleh sebuah portal hiburan, seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ dan pasangannya antara ditahan dalam satu operasi bersepadu di Pulau Perhentian.
Lelaki berusia 40 tahun dan pasangannya yang berumur 32 tahun itu ditahan di sebuah chalet dalam operasi yang dilakukan sekitar pukul 1 hingga 5.30 pagi tersebut.

Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 2014.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, dan Nur Afrina Ayra, empat bulan.

Mereka juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Nur Afrina Darwisyah, 10.

Post a Comment

Previous Post Next Post