Zizie Ezette lahir anak ketiga




Pelakon Datin Seri Zizie Ezette selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 12.06 tengah hari tadi.

Melalui perkongsian di Instagram, Zizie atau nama sebenarnya, Zizie Izette Abdul Samad, 40, memaklumkan zuriat ketiganya itu selamat dilahirkan dengan berat 3.32 kilogram (kg).

“Terima kasih Allah, ia sangat mudah daripada pengalaman sebelum ini.

“Alhamdulillah, terima kasih atas doa anda semua,” kongsinya di Instagram.

Pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu memuat naik foto dirinya sedang memangku bayinya. Zizie bagaimanapun tidak berkongsi butiran lanjut berkenaan anaknya itu.

Pelakon itu berkahwin dengan bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar pada 2009. Pasangan itu sebelum ini dikurniakan anak kembar lelaki, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izzete yang lahir pada 29 Disember 2017.

Selain itu, mereka turut mempunyai dua anak angkat, Nayla Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette yang kini berusia setahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post