Tiada Tajuk judul filem pertama Mawi




Mawi (dua dari kanan) ketika pelancaran filem berkenaan yang diadakan di pekarangan pusat beli-belah Sogo hari ini.

Penyanyi dan pelakon Mawi mengumumkan Tiada Tajuk sebagai judul filem pertamanya yang bakal ditayangkan pada 4 April depan.

Pengumuman tersebut dibuat Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 38, pada majlis pelancaran filem berkenaan yang diadakan di pekarangan pusat beli-belah Sogo di sini.

"Sejak merancang untuk menerbitkan filem dua tahun lalu, saya dan isteri, Ekin memang merancang untuk membuat kelainan.

"Kami memang memilih untuk meletakkan Tiada Tajuk sebagai judul filem. Hal ini kerana, selain unik dan membantu daripada segi pemasaran, saya juga mahu memberi penghargaan kepada peminat untuk menyumbangkan idea judul filem menerusi peraduan yang dianjurkan" kata Mawi.

Dalam pada itu, penonton filem berkenaan berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan bernilai RM100,000 menerusi peraduan yang berlangsung sepanjang filem Tiada Tajuk ditayangkan di pawagam.

Antara hadiah yang ditawarkan adalah sebuah kereta Perodua Bezza, motosikal Yamaha Y15, pakej umrah dan percutian ke Australia.

Penonton boleh memenangi hadiah berkenaan dengan memuat turun aplikasi Mawi World dan menyertai peraduan memberi judul filem dan satu tagline.

Filem Tiada Tajuk yang diterbitkan oleh Mawi World Entertainment itu bintangi oleh Mawi, Hazama, Along Cham, Joey Daud dan Amira Othman.

Post a Comment

Previous Post Next Post