Video lucah Aiman Tino pula tersebar




Usaha untuk menghubungi Aiman setakat ini tidak berhasil kerana kerana telefonnya gagal dihubungi.

Berita penularan video lucah dalam kalangan selebriti tempatan seakan menjadi satu virus baharu dalam industri sejak kebelakangan ini apabila ia muncul silih berganti.

Terbaharu, penyanyi remaja popular Aiman Tino pula menjadi mangsa selepas sebuah video lucah miripnya bertebaran di laman sosial Twitter sejak semalam.

Dalam video berdurasi 30 saat itu, jelas kelihatan wajah seorang lelaki mirip Aiman yang sedang melakukan aksi tidak senonoh di dalam biliknya.

Bagaimanapun, penyebar video tersebut menggunakan stiker atau pelekat grafik bagi menutup bahagian sulit lelaki yang didakwa Aiman itu.

Bagaimanapun, usaha kami untuk mendapatkan penjelasan daripada pelantun lagu Ku Rela Dibenci itu tidak berhasil kerana telefonnya gagal dihubungi.

Sementara itu, pengurus Aiman, Mahadhir Mohamad ketika dihubungi sebentar tadi menafikan lelaki dalam video itu adalah Aiman kerana bentuk fizikal jauh berbeza selain suasana keadaan di dalam bilik yang berbeza.

“Bukan dia. Aiman badannya kurus, tetapi lelaki itu ada otot pada bahagian perut. Dia juga tinggi, sedangkan Aiman rendah,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post