Uyaina Arshad masuk hospital, tekanan darah rendah




Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad dimasukkan ke hospital swasta di Petaling Jaya selepas pengsan beberapa kali disyaki mengalami masalah tekanan darah rendah, hari ini.

Uyaina, 26, bagaimanapun kini berada dalam keadaan stabil dan menunggu keputusan pemeriksaan doktor serta pakar kardiologi mengenai penyakitnya.

“Pemeriksaan awal, doktor kata dia mengalami tekanan darah rendah. Doktor kini sedang memeriksa sampel sel darah dan keputusannya akan dimaklumkan kelak.

“Pada masa sama, doktor mendapati degupan jantung Uyaina juga tidak stabil selepas dia mengadu pengsan beberapa kali hari ini.

“Oleh itu, doktor terpaksa memanggil pakar kardiologi untuk membuat pemeriksaan jantung. Uyaina masih menunggu pakar berkenaan untuk datang,” kata pengurusnya Rahman.

Menurutnya, keadaan semasa Uyaina baik sementara menunggu pakar kardiologi sampai.

“Uyaina sekarang masih boleh berborak dan bukanlah berada dalam keadaan lemah. Kami mengharapkan tidak ada masalah yang serius pada kesihatannya,” katanya.

Terdahulu, ibu Uyaina berkongsi mengenai anaknya dimasukkan ke hospital menerusi Instagram kira-kira jam 4 petang hari ini dan meminta semua mendoakan kesihatan Uyaina.

Post a Comment

Previous Post Next Post