Aiman dan pihak pengurusannya sedang mencari jalan terbaik untuk memastikan isu tersebut tidak berlarutan.
Penyanyi Aiman Tino akhirnya mengeluarkan kenyataan berhubung isu penyebaran video lucah dipercayai miripnya di laman sosial sejak Isnin.
Aiman menerusi laman Instagramnya pada Selasa memberitahu dia dan pihak pengurusan sedang mencari jalan terbaik untuk memastikan isu tersebut dapat diselesaikan dengan segera.
Menurut Aiman, pihaknya bakal mengambil tindakan sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba membangkitkan semula isu tersebut sehingga menjadikannya berlarutan.
"Berhubung isu yang sedang tular, Aiman dan pihak pengurusan sedang memuktamadkan jalan terbaik bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan tidak berlarutan.
Aiman mengeluarkan kenyataan rasmi di laman Instagramnya.
"Diharapkan isu ini tidak dipanjangkan lagi dan tindakan undang-undang bakal diambil jika ada pihak cuba membangkitkan semula sehingga menjadikannnya berlarutan," katanya.
Menerusi video berdurasi 30 saat tersebut, wajah lelaki mirip Aiman itu dapat dilihat pada lima saat pertama sebelum individu itu berundur bagi mengelak wajahnya dirakam kamera.
Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat melakukan aksi tidak senonohnya dipercayai di dalam bilik.
Bagaimanapun, penyebar video itu menutup kemaluan lelaki tersebut menggunakan stiker grafik sepanjang video itu.
Netizen juga yakin individu tersebut adalah Aiman kerana bingkai gambar di dinding bilik video itu dirakamkan sama seperti dalam video terbitan mStar Online menerusi segmen #Bizibody ketika berkunjung ke kediaman penyanyi itu sebelum ini.
Aiman berterima kasih kepada peminat atas nasihat dan sokongan.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu memohon maaf dan berterima kasih kepada semua pihak terutama rakan media yang banyak membantu karier seninya.
Selain itu, Aiman turut berterima kasih kepada peminat-peminat setianya atas nasihat serta sokongan yang berterusan.
"Pada masa sama, Aiman memohon maaf kepada semua pihak terutama teman media yang telah banyak membantu karier seni dan menzahirkan rasa terima kasih yang tidak berbelah bahagi kepada teman media atas keprihatianan dan sokongan terhadap karier Aiman.
"Kepada peminat setia, terima kasih atas nasihat serta sokongan berterusan anda. Aiman sayang anda semua," ujarnya.
Sebelum ini, beberapa selebriti lelaki tempatan yang lain pernah terpalit dengan kontroversi sama seperti Syafiq Kyle, Ammar Alfian, Ameer Forteen dan Idris Khan.