Elfira dedah dia juga melalui fasa kecewa selepas putus tunang.
Pelakon Elfira Loy masih diajukan soalan mengenai dirinya selepas putus tunang dengan Sufian Suhaimi dan sebab utama dia menerima lamaran suaminya, Faris Khairol Anuar.
Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 25, berkata dia juga melalui fasa kecewa namun memilih untuk berdiam diri tanpa bercerita pada orang lain.
Bagaimanapun, Elfira yang mesra dengan panggilan El memberitahu ketika itu dia banyak berdoa dan percaya kepada ibu bapa serta keluarga.
Antara soalan-soalan yang ditanya pengikut Elfira di laman sosial.
"Hmmm cerita dah lama tapi ramai tanya. Sudah tentu saya lalui fasa heartbroken (kecewa) juga. Tapi El diam tak cerita kat orang.
"Tak tunjuk dan tak beri maklum balas apa-apa sebab blur (keliru). Tapi El banyak berdoa dan hanya percaya pada ibu bapa dan keluarga. Sikit-sikit benda tu kita akan nampak bayangan dia.
"Tapi kita kena percaya itu adalah pertunjuk Allah. Dengan keredhaan dan kepercayaan kepada Allah SWT, Allah akan gantikan dengan kebahagian Insya-Allah," katanya.
Elfira berkongsi perkara tersebut bagi menjawab soalan pengikutnya menerusi pertanyaan di Instastory miliknya.
Dia dan Faris yang juga anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk berkahwin pada 1 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup di Cyberview Resort, Cyberjaya.
El dan Faris berkahwin pada 1 Januari.
Dalam pada itu, pelakon drama Kerna Syurga Bukan Percuma juga diminta memberi pendapat mengenai segelintir netizen yang masih kritik dirinya biarpun selepas berkahwin.
Menurut Elfira, seseorang itu akan sentiasa ingin mencari bahan untuk hatinya yang tidak baik dan dia perlu memberi teguran bahawa apa yang dilakukan individu itu adalah salah.
"Kalau hati tak baik, dia akan sentiasa cari bahan untuk beri hati dia yang tidak baik. Kadang-kadang mereka tak sedar. Sebab apa? Sebab kita suka 'tak apa biarlah mereka'.
"Jadi kadang-kadang kita kena juga bagi bayangan 'Hello apa yang awak buat ni adalah salah'," kata Elfira.
Difahamkan El kini hamil anak pertama mereka.